:: Bagaimana saya boleh bantu anda? ::

NAMA:
EMAIL:
NO HANDPHONE:
ALAMAT RUMAH:
PERNAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI HERBALIFE? YA
TIDAK
BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA? TURUN BERAT BADAN
TAMBAH BERAT BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN KULIT
MENJANA KEWANGAN

Create a web form here

Sunday, July 15, 2012

Perjalanan sepanjang sabtu

Bismillah.

Sabtu aku semalam Alhamdulillah dipenuhi dengan aktiviti. Tak lah aku duduk melangok je kat umah tengok siling, tengok kipas, tengok pape je la yang boleh di tengok. haha. Bermula di pagi hari, hantar mak join rombongan ke KL untuk program Hari Koperasi Negara *aku pun tak berapa nak sure nama that program* yang masuk tv 1 semalam tu. Hee~

Lepas tu, aku bersiap2 sebab ada appointment pukul 10 pagi. Appointment dengan kawan aku time sekolah agama dulu zaman aku berpindah masuk ke Felda Aping Barat sekitar tahun 2002. Sepuluh tahun dah woo aku tak masuk situ. haha. Stay situ pun sekejap je sebab ikut abah yang sentiasa berpindah randah tukar kerja. So, sempat lah berkenal kenalan dengan kawan2 yang ada. Tapi susah nak ingat sorang2 sebab lost contact. T___T Aku pergi berdua dengan Huda. Saje ajak dia tengok jumpa customer. Hee~ Buat teman ye jugak sebab agak jauh rasanya kalau drive sorang2. *ngade seh nad! haha.*

Agak lama jugak la berkampung kat rumah Ayu, my new coachee. Cerita macam2 pasal products, timbang2 dan sebagainya. Nak tahu aktiviti apa, jom join aku berbisnez. Ngeee. :P

Ruang besar. hee~

Otw balik tu, bertonyeh la dengan Huda. Tunjuk tempat2 yang ada kaitan dengan aku suatu ketika dulu. Kat mana aku duduk, sekolah agama mana aku belajar, sekolah ren & men, klinik, semua2 lah. Dah macam pemandu pelancong pulak. haha. Macam2 cerita yang kitaorg share. Apa next plan, apa pengalaman jumpa customer, dpt sharing testimoni live dengan orang lain dan suddenly BUK! Korang nak tahu tak apa jadi? Tanak tahu pun kena tahu gak! haha. Lori sampah depan kereta kitaorg memuntahkan sisa dia! Waaaa! Kemain berdebuk2 tempurung kelapa jatuh daripada lori sampah tu. Naseb baik tempurung kelapa je, tu pun takat 2 3 je yang jatuh. Kalau jatuh 1 plastik mau hilang kawalan aku. Mula2 tu memang dah ckit2 sampah dia jatuh, tisu la, plastik la. Tak sangka pulak ada lagi benda besar yang jatuh. =.=


Sampah yang berterabur atas lori. + hujan, bau kemain dasyat! =.=

Lepas masuk lorong memotong, aku pun laju2 potong lori tu. Takut ada lagi sampah yang bukan2 jatuh kang. haha. Ok, habis cerita perjalanan pergi dan balik ke rumah kawan aku. Kalau nak cerita lagi, jom la ikut aku buat aktiviti weekend. Hee~

Sesampai nya bandar, aku merancang nak cari kasut untuk fitness test Selasa ni. Kasut yang ada dah kena sebat dengan adik aku. Tak pe lah, sebab aku kakak, aku pegi la beli lain. Haha. Jumpa kedai, parking kereta jauh sikit. Boleh la jalan kaki exercise. *ceh, padahal takde parking dekat. haha*

Kasut biasa2 je tapi aku suka! hee~

Disebabkan kereta aku parking depan kedai makan, aku pun promote kat Huda yang roti puri kat situ sedappppp! Memandangkan hari pun dah tengahari, kitaorang pun beli la roti puri tu untuk lunch. Hee~ Tapi tak makan kat kedai pun, bungkus je. Makan kat rumah lagi best. Hehe.


Ihsan Google. Roti puri yang kiteorang makan bentuk dia segitiga.

Lepas makan, Huda pun balik la ke pangkuan keluarga nya di Masai. Terima kasih makcik pakcik, pinjamkan Huda sekejap. Hehe. Petang tu aku duk mengarang entry Zero2Hero yang terbengkalai sejak beberapa hari yang lepas sambil tunggu adik aku balik keje. Sebab lepas tu kiteorg nak ke rumah mak long pulak kat Bandar Mas. Saje jalan2 melawat sedara. Hehe. Lagi pun kat rumah pun mak tak de. Mak tak de boring ok. Cari mak sedara. hee~ Mula2 tak rancang pun nak pergi rumah mak long, tapi sementara tunggu mak balik dari KL, baik jalan jengok dak amad. Amad ni cousin paling kecik. Dah pandai jalan dah. Comel! + cousin aku ada buat bisnez baru special utk raya ni. *pepandai je aku* Tu yang datang nak usha. Hehe. Kalau nak tahu bisnez apa, klik la link ni. :)


Ni la dak amad. Gambar bila tak ingat. Semalam lupa nk amek gambar latest.
Comel kan! :)


Bila dah sampai nya malam, duduk lepak2, makan2 semua jadi malas nak balik rumah. =.=
Mak long kata tidur aje dulu nanti mak balik gerak dari sini je. So, aku & adik aku lepak je rumah mak long sampai lah mak call kata, "Mak dah sampai simpang kulai." Tengok jam pukul 4 pagi lebih dekat kul 5. Dengan mengantuknya, siap2 keluar rumah balik utk amek mak. Time tu pak long je sedar, maybe aku ckp dengan mak kuat sangat kot kat tepon. Haha.

Time otw, tak sah kalau tak borak kan. Sepanjang jalan berborak je. Adik aku yang drive time tu. Akibat syok berborak + drive tak tengok meter, kitaorang seriously tak perasan ada roadblock kat depan. Lalu, sreeeeeeeeeeeeett! Adik aku brek mengejut ngam2 sebelah polis. Habis stock products aku jatuh kat seat blkg, beg semua jatuh. T_T

Polis : Mintak ic + lesen. Laju beno nak pergi mana?
Adik : Nak pergi amek mak. *innocent sungguh jawapan*
Polis : Orang sebelah minta ic.
Aku : *Bukak seatbelt dengan gelabah*
Polis : Eh, nak pergi mana pulak?
Aku : Nak amek beg kat blkg. Ic dalam beg.
Polis : *Pusing ikut aku amek beg*
Aku : *Sambil bg ic* Bang, kitaorg adik beradik. Sorry, tak perasan ada roadblock. *Nada dah touching ni pagi2 kena tahan* Nak pergi amek mak, baru balik dari KL.
Polis : Nak pergi amek mak pun jgn la laju2. Keselamatan kena jaga gak. Kau anak Hassan ea? Hassan skru? *sambil tengok alamat ic aku*
Aku : Aah, anak Hassan. Tu adik saya. *sambil tunjuk adik aku*
Polis : Hai budak2, tarik lesen kang baru tahu. Nak? Dah2. Bawak elok2. Jgn laju2. Kirim salam abah kau.

*Ok, polis tu kawan abah sebenarnya. T____T

Dalam kereta lepas amek mak, bercerita lagi. Family aku memang semua kepoh, bedah, suka banyak cerita. haha. Sampai rumah, sambung lagi. Sampai la ke subuh. Punya la tanak simpan cerita sampai pagi kan. Haha. Lepas subuh semua penat. Ketiduran seketika. :(

Ni bukan cerita sabtu je kan sebab sampai masuk ahad pagi perjalanan nya. Tapi kitaorg happyy adik beradik. Hehe. Yang penting weekend kami terisi dengan aktiviti daripada duduk rumah tak buat apa2. :)

Inginkan weekend yang terisi dan boleh earn extra income RM500-2000 sebulan secara part time?
+
Ingin SIHAT BERTENAGA DI BULAN PUASA & LANGSING BERGAYA DI HARI RAYA?

Nadz : 013 7194479


Saturday, July 14, 2012

Sambung cerita Zero 2 Hero Yok!

Bismillah.

Siapa yang belum baca lagi part 1, sila baca dulu ok. Nanti tak paham. Kalau tanak baca kena baca gak! *paksa seh kau nad! haha.*

Ok kawan2, apa yg jadi lepas register? Lepas register, kitaorg pergi breakfast. Kalau non-herbalifer semua nak tahu, Zero2Hero ni tiket dia yang kita beli lengkap dengan breakfast, lunch & dinner. LENGKAP ok. *alamak, terCAPS LOCK* Tempat tinggal pun besttttt! Tak dan nak amek gambar bilik sebab terlalu menikmati best nya tempat yang kitaorg stay tu. haha. Kemain lagi kan. :P

Breakfast! *takde gambar yang elok lg la nak buh. haha*

Lepas braeakfast, kitaorg duk lepak2 lagi. Jalan2 tengok sekeliling. Then, bila tengok ramai yang dah menuju ke pintu hall, kitaorg pun pe lagi, serbu la jugak! haha.


Orang2 depan kitaorg yang dah ramai

Orang2 yang belakang kitaorg pun ramai. Kitaorg kat tengah2. hee~

Alhamdulillah, we are Newly Qualified Supervisor!

Adik & cik abg. *Oh, tak pernah tengok dia buat camtu sebelum ni!*

Kemain lagi ea. Dia kata muka dia sepadan dgn girl tu. Hamek la wak. =.="

Kami pergi berempat! :)

Tag! Siapa takde tak boleh masuk hall okey.

Zero2Hero kali ni masuk hall dengan lebih tenang walaupun lebih ramai iaitu berganda compare dengan Zero2Hero yang sebelum ni. Mungkin kawasan dia lebih besar, tu yang memudahkan pergerakkan. InsyaAllah, next Zero2Hero kita ramai2 kan lagi ok! :)


Background atas pentas cantik. Tukar2 kaler. Tapi dapat snap biru je sebab fav color aku. bahahaha.

Dalam hall, seperti biasa training yg super duper best you know!! *cakap gaya2 bedah* Semua speaker Millionaire Team tau. Sangat berbaloi hanya dengan RM260 (kami berempat dapat harga early bird tiket!) kita boleh belajar dengan org yg sangat banyak pengalaman utk share dengan kita. Mana boleh dapat training macam ni selain daripada Herbalife? Kabo ke aku meh. Speaker best, makan cukup, tempat tido selesa. hee~

After training hari pertama, malam tu ada dinner yang bertema kan "Masquerade Night". Semua orang excited bertopeng termasuk aku! hahaha. Sangat2 best, orang sangat2 sporting, sangat2 happening! Semua sangat2 lah. haha. *over betul kau nad* :P


Aku je over senyum. haha.

With Datin Huda Shazana. Weeewwiiitttt!

Uit2, apa buat?!

Herbalife besttttt!! *thumbs up!*


Duplikasi berlaku! :)

Last picture tu gabungan orang2 yang aku bawak + orang2 yang anis bawak. Masing2 pergi berempat. Yeah! Duplikasi berlaku disitu. hee~

Kesimpulan nya, second Zero2Hero memberikan impak yang mendalam bagi aku. Dan happy sebab aku berjaya merialisasikan wish aku iaitu pergi ke Zero2Hero as a Supervisor and I did it!! Alhamdulillah. Berkat sokongan daripada orang sekeliling, mak abah, family, kawan2 dan terutamanya Herbalife's team member! Syukurrrrrr Alhamdulillah! :')


Ingin SIHAT BERTENAGA DI BULAN PUASA & LANGSING BERGAYA DI HARI RAYA?
Nadz : 013 7194479


Thursday, July 12, 2012

My 2nd Zero to Hero!

Bismillah.

Harini dah masuk 4 hari aku balik dari Zero 2 Hero Gambang. Hati meronta2 nak update tapi asyik x sempat je. *ok, alasan tu semua nad! dush!* Banyak benda nak cerita sebenarnya, boleh kan? hee~

Hari Jumaat lepas kerja, siap2 terus bertolak ke Segamat. Rancang2 nak bertolak lepas maghrib la konon, last2 pukul 9 baru bertolak. bahahaha. Kenapa Segamat? Sebab dari segamat ada lg sorang yg follow utk ke Gambang sama2 dengan kami, 3 org dari Kota Tinggi. :)

Sampai Segamat, kami gegirl2 check in hotel utk rehat2 sebab kami akan bertolak ke Gambang pukul 5 pagi nanti. Tapi, bila dah sampai tempat baru payah beno la nak lelap mata nya. =.= Bertonyeh sampai x sedar dah pukul 1 lebih. Hek!

Dan Alhamdulillah, ngam2 kul 5 pagi kami bertolak dari Segamat ke Gambang. Punctual betul semua maybe sebab excited nak pergi event kot. Hee~ Antara ramai2 aku sorang je yang second time, yang lain semua first time. Hee~ Siap sempat bawak bekal karipap goreng, mihun goreng, roti semua. haha. Terima kasih pada org segamat! :)

Di sebabkan aku tak pernah pergi Gambang ni jadi aku pun tak tahu berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai ke destinasi. So, berhenti subuh di Muazam Shah, sempat lepak2 makan karipap, mihun semua baru sambung balik perjalanan ke Gambang. Driver bawak pun tak laju tapi sampai awal before pukul 8. hehe. Pusing2 dulu dekat Gambang City Resort tu baru pergi register. :)

Lepas register, apa jadi?
Next entry aku sambung ea. Dah pukul 2 ni, nak sambung keje dulu. Bye!

Need Herbalife?
Nadz : 013 7194479



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...