:: Bagaimana saya boleh bantu anda? ::

NAMA:
EMAIL:
NO HANDPHONE:
ALAMAT RUMAH:
PERNAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI HERBALIFE? YA
TIDAK
BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA? TURUN BERAT BADAN
TAMBAH BERAT BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN KULIT
MENJANA KEWANGAN

Create a web form here

Wednesday, March 20, 2013

Walimatul urus Puan Nadzirah & Incik Halmi :D

Bismillah.

Ok, tajuk entry agak skemarama di situ. Tapi takpe, i like. Hehe.
Entry ni adalah kesinambungan daripada entry yang lepas. Siapa yang belum baca, boleh review ye. Terima kasih! :)

Majlis walimah berlangsung pada hari yang sama kami bernikah iaitu 23 Februari 2013. Nikah pagi, tengahari majlis. Settle! Satu hari penat sekali gus pengsan. @.@ Majlis aku yang bertemakan royal blue + kuning, yang mana jarang kita tengok pada musim2 terdekat ni. Ya, aku memang suka kaler2 terang lagi garang ni. Baru nampak kan? Hehe. 

Aku sangat2 lah berterima kasih pada kak Izan yang gigih mendekorasikan tempat makan damai kami yang cantik lagi gorgeous! Walaupun aku takde pelamin, tapi tempat makan kami cantik! Terima kasih kak Izan! Terima kasih jugak pada kak Linda yang sabar je layan kerenah aku, baju kak Linda buat kita suka! Tenkiu kak! :D  *da macam bagi ucapan menang anugerah pulak. haha*
Pakej perkahwinan aku yang cantik lagi berpatutan ni adalah kerjasama ikhlas daripada butik I.Z De Bridal. Mana2 orang Kota Tinggi tu boleh la usha2 butik ni. Memang best! Senang bekerjasama dengan mereka. :')

Untuk photographer pulak, thanx pada couple yang cute lagi romantik, Incik Fazli & wifey Nuruljana sebab hasil kerja diaorg superb! Relax & coooolll je time hari kejadian. hehe. Terima kasih ye korang! Kitaorg taksabarrrrr nak tgok album! :) Untuk B2B area Johor boleh la usha2 couple ni, Fazlijamil Photographer. :)

Tak lupa juga pada orang2 kuat majlis. Terima kasih mak abah tersayang, adik2 terajin, sepupu sepapat terbaik, jiran2 tetangga, makcik pakcik, tukang masak yang masak sedap belaka, live band nasyid yang nyanyi best, budak kompang, orang rewang, orang kendarat... *tarik napas* pendek kata semuaaaaa yang terlibat menjayakan majlis walimah kami. Syukurrrr Alhamdulillah. Terima kasih yang tak terhingga pada semuaaa. Tak lupa juga pada yang hadir memeriahkan lagi majlis kami. Syukurrr Alhamdulillah, jemputan yang tidak dijangka! *nanges terharu* :')

*Klik gambar untuk tumbesaran maksima. Hehe*



BITD geng! Thanx korang datang dari jauh! :')


 BITD, tiba2 rindu zaman study. =.=


Thanx Fathin & Yati! Wakil member KMJ. :)



 Makcik pakcik & nenek sedara yang palingggggg sporting! Duduk bawah pokok je u. Tapi atas red carpet. Hee~


*peace*


Hero2 aku & sepupu sepapat yang berapa ketul je. Sayang korang ketat2! ^_^
*masing2 sopan je*


Oh, that's real! :O


Puan Nadzirah & Incik Halmi mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat. Lotssss of loveeeeeeeeee! Hee~



Sunday, March 17, 2013

Alhamdulillah, kini aku bergelar seorang isteri :')

Bismillah.

Ya, kini aku bergelar seorang isteri. Seorang isteri kepada suami yang bernama incik Mohd Halmi. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku sah menjadi isterinya. :') *ok, tiba2 touching.*

Kami selamat bernikah pada 23 Februari 2013 yang lepas atas persetujuan kedua-dua belah pihak setelah mengikat tali pertunangan selama 6 bulan sejak 20 Ogos 2012 yang lepas bersamaan dengan 2 syawal. :)
Memang tak ramai yang tahu aku tunang, hanya sedara mara dan kenalan terdekat je yang tahu. Bila orang tanya, "gambar time tunang tak de ke?" Memang tak amek gambar sangat pun. hehe. Sebab tak buat majlis pape, keluarga abang dtg macam beraya dan terus bincang apa yang sepatutnya. Simple! :)



Time kak long sarungkan cincin. Alhamdulillah, sekarang dah jadi kakak ipar den ha. :') 


Tapi tu gambar 6-7 bulan yang lepas. Kalau la ni orang tanya, "gambar nikah tak de ke?" Ha, tu tipu la kan. hehe. :)


Kehadiran pak imam. *Nervous*


Pengantin lelaki.


Pengantin perempuan.


Lovely mak abah, lovely incik suami, lovely mertuaku. :') 


Oh, ini lovely friends! Terima kasih sebab datang ya sahabat! :')


Alhamdulillah. :D


Kami + sijil nikah! Korang ada? hehe.


Last but not least, mohon doanya ye kawan2! Doa kan kami berbahagia hingga ke syurga ye! Lotss of loveeeeeeeeeee!:'D





Friday, March 15, 2013

Mukadimah.

Bismillah.

Hampir tiga bulan dah aku tak jenguk blog ni. Miss ya! Sampai status pun bertukar dah. hihi. Tak dan nak berblog pada tiga bulan yang lepas. *alasan. dush!* Sekarang berstatus surirumahtangga berjaya + work from home. Eceeeh. Masih dalam kondisi menserasikan diri dengan keadaan dan perubahan sekeliling. Doakan aku baik-baik aje ye. Lots of loveeeeeeeeee.

Tu je. K bai. :P






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...