:: Bagaimana saya boleh bantu anda? ::

NAMA:
EMAIL:
NO HANDPHONE:
ALAMAT RUMAH:
PERNAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI HERBALIFE? YA
TIDAK
BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA? TURUN BERAT BADAN
TAMBAH BERAT BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN KULIT
MENJANA KEWANGAN

Create a web form here

Wednesday, September 12, 2012

My 1st income from HERBALIFE!

Bismillah.

Apa yang korang fikir bila tengok tajuk entry tu? Hehe. Cerita ni agak basi sebenarnya sebab bulan ni dah masuk bulan kedua income aku yang Herbalife bayar. Alhamdulillah. :) Sebelum aku dapat income daripada Herbalife ni, income aku hanyalah bergantung pada retailing sahaja. Atau dalam erti kata lain retail = income active. Kalau aku tak me-retail, tak de lah income aku pada bulan tu. Manakala, income yang Herbalife bayar ni adalah income passive. Ini bermakna, Herbalife ada income active dan juga passive. Dua income sekaligus dapat. Siapa je nak bagi kan? Syukur, Alhamdulillah. :)

Pada pendapat aku, berdasarkan income seseorang ni, kita boleh ukur tahap kerajinan dan usaha dia. Kenapa? Sebab, Herbalife bayar mengikut usaha anda! Di situ bermaksud, hasil setimpal usaha. :) Ada buat kerja, ada lah hasil. Kalau tak, jangan harap rezeki turun dari langit ke golek2 ke, tak ada ok!


Sila abaikan baris pertama. hehe
*sila klik gambar untuk tumbesaran*

RM 692. Itulah first income aku yang Herbalife bayar. Syukur, Alhamdulillah. Di tambah lagi dengan retailing yg plus minus RM800. Alhamdulillah. :) Kalau bagi student income macam tu, aku rasa ok la juga buat tambah2. Dan bagi yang dah bekerja + part time je Herbalife ni, income macam ni boleh la buat bayar yang sikit2, macam bil api air ke kan. Hehe. Kalau perasan, Herbalife akan masukkan duit kat distributor2 pada pertengahan bulan kan? So, sesuai sangat lah bagi mereka yang mempunyai masalah kekurangan wang pada masa2 begitu. Sangat dialu2 kan bagi anda untuk join Herbalife. Hehe. :)

Ada satu contoh lagi. Yang ni contoh income sideline aku. Kami dapat 1st income pada bulan yang sama. Tapi nilai income tak sama la. Sangat jauh beza. Haha. *thanx to tiqah sebab bagi izin nak share. Hehe.* Tapi aku tak tahu la berapa active income dia. Nak tahu, tanya sendiri ok? hehe. :)


Sila perhatikan betul2 berapa nilai income tiqah ni.
*sila klik gambar untuk tumbesaran. Sekian terima kasih. hehe.*

Dah perhati dah? Jauh beza kan dengan yang aku dapat? RM 2157.26. Tu makna nya aku belum cukup kuat kerja lagi. *nanges* Tiqah ni lagi muda daripada aku, baru je 20 tahun. Tapi journey dia dalam Herbalife lagi lama dari aku. Banyak benda aku belajar dengan dia. Thanx tiqah! Akak kena banyak belajar lagi. Jom belajar sama2! Hehe. :)

Tujuan aku share benda ni bukan lah untuk menunjuk, jauh sekali. Ini semua rezeki Allah bagi, Alhamdulillah. Hanyalah pinjaman sahaja. Cumanya aku nak bagitahu yang Herbalife ada peluang untuk orang yang mempunyai masalah kewangan di samping membantu ramai orang lagi kat luar sana. Sebab peluang ni bukan untuk aku je, tapi untuk semuaaaaa orang! Tak kira la apa latar belakang kita, berapa umur kita (18 tahun ke atas sahaja. Hehe) yang penting ada keinginan untuk belajar dan terus belajar! :D


See, gambar together pun kat Zero2Hero sebab pergi belajar sama2. hehe. :)


Earn extra income part / full time RM500-RM2000 sebulan.

Nadz : 013-7194479



Tuesday, September 11, 2012

Ceritara Bonda

Bismillah.

Ceritara bonda. Bonda adalah sama dengan mak, ibu, umi, mama, mummy dan sebagainya. Tak kisah la korang panggil apa tapi yang penting insan ini adalah orang yang melahirkan kita ke dunia dan tiada gantinya, hanya SATU! Ya, hanya SATU. Buat yang masih mempunyai mak (aku panggil mak), bersyukurlah. Sayangilah beliau sementara hayat nya masih ada. Bagi yang telah ketiadaan insan ini, sedekahkan lah Al-Fatihah. Banyak2 kan lah berdoa agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat. :')

Kenapa aku cerita pasal mak ye agak2? Hehe. Saje je. Rasa terpanggil nak tulis something pasal mak. Sekarang memang tinggal aku je kat rumah teman mak. Rasa nak tinggal kan rumah pun sayu je. Betul, tak tipu. Dan tinggal beberapa bulan je lagi nak berkepit dengan mak. Ini lagi sayu. T__T

Bila dah makin membesar ni, umur dah makin meningkat, of course la mak kita pun makin meningkat usianya kan. Dan aku kalau boleh nak tengok mak aku sentiasa happy, tak sedih2, sentiasa sihat, dapat apa yang mak nak dan pendek kata senangggg je hidup. Tak nak tengok dah mak susah2. Tapi persoalannya, sempat tak kita ni sebagai anak bagi kehidupan yang kita idam2kan untuk mak kita tu? Oh, part ni selalu di terapkan dalam Herbalife training kat mana2 je pun. Memang kalau part ni je, touching!

Aku tak nak banyak, cukup la aku nampak mak aku sihat walafiat, Alhamdulillah. Sebab kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai daripadaNya. Kalau sihat, semua benda pun insyaAllah boleh buat. :) Oleh sebab itu, sekarang aku sedang berusaha untuk mak aku consume Herbalife banyak2! haha. Mesti korang kata, nad ni, cerita mak pun nak selit Herbalife. Nak buat macam mana, sebab Herbalife tu kiteorg hari2 duk makan. hehe. :)

Dulu, mak aku selalu sakit lutut. Jalan lama2 confirm lutut mesti sakit. Kesian tau! Kita tak rasa, kita tak tahu. Mak aku juga ada darah tinggi. So, selalu lah sakit kepala. Dan yang paling senang nak tahu problem mak is mak berdengur bila tidur. Aku rasa macam seksa je nak bernafas bila berdengur ni. Betul ke? Dengan itu, sedikit demi sedikit products Herbalife aku bagi mak consume. Bermula dengan F1, tea mix. Dan kesan nya Alhamdulillah sakit lutut mak berkurang. Mak boleh round Stadium Bukit Jalil tau masa Sambutan Hari Koperasi Negara Julai lepas! Excited cerita kat aku bila balik dari KL. Dan darah tinggi mak sekarang pun dah ok. Alhamdulillah! :D

Lepas tu, aku bagi pula Omega 3. Dan dengan izin Allah, mak aku totally tak berdengur dah masa tidur dan ini sangat best ok! Alhamdulillah Ya Allah! Dan time tu aku rasa mak aku lena je tidur. :') Dan sekarang mak aku consume F1, tea mix, Omega 3 dan juga Calcium Plus. Dari segi berat, mak aku turun berat baru 5kg dalam masa 6 minggu. Perlu turun berat lagi untuk dapatkan berat yang sesuai dengan tinggi. Doakan mak den ye. Hehe. :) Kalau ada yang nak tahu, mak aku punya habit memang dia tak kan bagitahu kalau products habis. Aku yang kena check botol2 kat dapur tu ada isi lagi tak. Even kalau dah habis, mak tak kan makan yang aku punya walaupun letak tempat yang sama. Itulah mak. :')

So, sebenarnya apa yang aku nak sampaikan adalah sayangilah insan mulia bergelar mak ni kawan2. Gembirakan hatinya semampu kita. Tak kisah la macam mana cara sekali pun, dari segi kesihatan ke, kewangan ke, cara hidup ke yang penting mak kita gembira. ^_^

Lovely Mum with the only daughter!

Best kan kalau tengok mak kita sentiasa happy? ^_^
*gambar curi. hehe..*


Sayangilah insan mulia yang SATU je di dunia ni. Allah tak bagi lebih. Hanya SATU!

I Love You MUM! *hugs*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...