:: Bagaimana saya boleh bantu anda? ::

NAMA:
EMAIL:
NO HANDPHONE:
ALAMAT RUMAH:
PERNAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI HERBALIFE? YA
TIDAK
BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA? TURUN BERAT BADAN
TAMBAH BERAT BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN KULIT
MENJANA KEWANGAN

Create a web form here

Friday, April 27, 2012

Excited!

Bismillah.

Semalam lepas balik keje, aku ngan dak amad pegi teman tiqah (member Herbalife) jumpa orang yang minat nak start biz dengan Herbalife. Ni kira 1st time aku nak tengok macam mana orang lain buat penerangan la kiranya. Selalu duk praktis2 dengan orang yang kenal je. *nampak sangat aku slow kan,sob3*

Yang best nya aku nampak ke'excited'an mereka terhadap Herbalife ni. Aku ngn dak amad jadi backup tiqah je. Tokok tambah mana yang patut. Budak yang nak join Herbalife tu sangat concentrate dengar explanation tiqah 1 per 1. Dan rajin sangat tanya mana yang kurang clear. Bila dia tengok kami semangat, dia pun makin semangat. *aku assume je bila tengok reaksi muka dia. hehe*

Selepas sesi terang menerang tu, aku n tiqah mintak diri nak balik sebab last bus larkin-kota tinggi pukul 10pm. Tapi malangnya, kami turun lambat sikit je ke tempat bus. Tanya kaunter2 yang berkaitan, sume kata "bus kota dah abes dik". T_T Kesimpulannya, memang aku kena tepon adik aku la suh amek. Dah banyak kali gini. Aku selalu susahkan adik aku duk fetch2 aku malam2 ni. Bukan nya dekat, hampir sejam gak la kalau dia tak drift. T_T

Tapi aku bersyukur sebab adik aku tak penah nak rungut2 amek aku malam2 buta ke pagi2 buta ke sebab kat situ la sokongan dan pengorbanan yang dia boleh buat untuk aku pegi jauh dalam Herbalife ni. Nampak macam sikit tapi aku tetap hargainya sebagai seorang kakak. :')

Ada yang rasa nak jadi bisnes partner aku in Herbalife? Ayuh kita grow sama2! Nak tahu lebih lanjut just contact aku kat no 013 7194479. :)

See u in Extravaganza! *iklan jap. hehe*



Thursday, April 26, 2012

Hidung?

Bismillah.

Ada orang kata hidung aku macam hidung anjing. Kenapa anjing? Bukan kucing atau binatang lain? Tah. Tak tahu pulak aku. Mungkin sebab terpengaruh dengan cerita2 berunsurkan siasat menyiasat yang menggunakan anjing sebagai scanner untuk mencari bahan bukti kot. haha.

Apa sebenarnya cerita hidung aku ni? Yang tadi tu mukadimah la konon nya. hehe. Hidung aku teramat lah sensitif dengan bau-bauan yang kuat. Bau sabun basuh ke perfume ke. Segala bau-bauan yang kuat lagi keras. Dan teramat sangat la sensitif dengan bau ROKOK. Kalau tido, boleh terjaga sebab bau rokok. Marah2, then sambung tido balek. haha.

Apa yang sedap sangat rokok tu? Kesian la kat kami yang tak merokok ni turut merasa tempias nya daripada kamu orang, si perokok. Kami nak kan udara yang bersih. T_T Korang yang hisap rokok tu, asap nya telan la. *gulp*

Oleh sebab itu, sape2 perokok di luar sana yang ada niat nak berhenti tapi tak tahu macam mana, meh cuba Herbalife! Kalau badan kita dah biasa dengan makanan yang baik dan bernutrisi, confirm dia akan tolak benda2 tak elok ni. Sebab aku sendiri lepas consume Herbalife ni, aku dah tak boleh masuk fav drink aku dulu, coolblog. wahaha. Aku rasa coolblog tu teramat sangat manis. Bila minum rasa nak muntah. =.= Kalau dulu tu, aku tak boleh kongsi dengan orang sebab fav kan. haha. Banyak je lagi contoh sebenarnya. Makanan yang masin2, masam2 sume dah tak berapa nak terima dek tekak. Tapi bagus la kan sebab badan aku cuma nak makanan yang bernutrisi je. hihi.

So, kat sini aku nak share la testimoni orang2 yang dahulu nya merokok, tetapi telah berjaya kurangkan kadar rokok untuk sehari dan totally berhenti secara sepenuhnya. Bonus lagi untuk cik abg kita ni sebab dia turun berat badan sekali dan mendapat berat yang ideal. Tahniah untuk mereka!

Testimoni 1

Testimoni 2

So, bagi perekok di luar sana, apakah keputusan anda? Tepuk dada tanya diri sendiri adakah anda akan terus dengan tabiat anda tu ye. Tapi kalau anda terasa ingin kan perubahan untuk diri sendiri dan juga orang di sekeliling anda, buatlah keputusan anda sekarang!

Need Herbalife?
Nadz : 013 7194479



Monday, April 23, 2012

My 1st Zero to Hero!

Bismillah.

Tak abes2 dengan My 1st aku tu kan. haha. Bia la, aku tak kira. Nak cerita jugak. hihi. Lebih kurang 10 hari yang lepas (14-15 April), aku baru je attend 1st Zero to Hero aku. Event Herbalife yang bawak aku menjejakkan kaki ke PD. :)
Before Z2H ni aku baru je attend GenH STS minggu lepasnya kat Taman Melawati. Sume benda 1st aku dalam Herbalife. STS dan juga Z2H. :)

Tapi kali ni aku tanak pusing jauh2. Nak cerita Z2H je. hehe. Event ni memang sangat2 supperb! Best, gemapak, pendek kata semua lah! Tapi hanya org yang pegi je dapat rasa apa yang aku rasa. Harap maaf la ye bagi yang tak join tu. hihi.

Dekat Z2H ni aku belajar dari Zero to become a Hero. Ops! Heroin ok sbb aku pempuan. hehe. Dan sangat2 membantu bagi mereka yang betul2 serius nak join n nak tahu apa tu Herbalife. Speaker2 yang sangat2 membantu bagi sesiapa yang tak clear lagi apa tu Herbalife dan Alhamdulillah, aku makin banyak belajar daripada Z2H ni. :')

Guest speaker pulak sangatlah best! Di datangkan khas daripada Indonesia dan walaupun dah berumur 60 tahun, beliau sangat2 energetic! Siap boleh joget2 atas stage lagi tu! haha. Sebab beliau dah consume Herbalife ni selama lebih kurang 12 tahun! Wowww! Aku dapat snap gambar dia kat slide je. Cuba tengok sebelum dan selepas beliau macam mana. :)



Sebelum dan Selepas


Snap daripada slide. Siap ada kepala org lagi. haha

Siapa nak rasa nak nampak awet muda macam Ibu Rasidah ni, sila minum shake banyak2 dari sekarang. hehe. :)

So, sape2 yang rasa nak tambah berat, kurang berat atau nak kan healthy life style dengan Herbalife leh contact aku. :)


Nadz : 013-7194479






Sunday, April 22, 2012

My 1st Spectacular!

Bismillah.

Morning ol! Semangat konon pagi2 dah bangun bila fikir nak pegi STS JB untuk kali pertama jugak sepanjang aku berkecimpung dalam dunia Herbalife ni. hihi. Tapi entry ni bukan nak cerita pasal STS sebab pergi pun belum kan. =.=

Cuba tengok balik title entry aku tu, My 1st Spectacular ok! haha. Walaupun dah dekat 2 bulan Spectacular tu berlalu tapi aku tetap nak cerita jugak sebabnya kan aku baru nk up balik blog ni. Bagi peluang kat aku plz. T_T

Kalau korang tak bagi peluang, aku nak cerita gak. haha. Sebab sepanjang perjalanan dari pergi sampai balik, setiap moment tu aku akan ingat sampai bila2. :') Start daripada kteorg nak ke kl dari jb. Pegi 3 org 1 kereta. Aku, Anis (bagi sapa yang tak kenal anis) dan dak amad (opismate aku). Lepas abis officehour kul 6 kteorg terus gerak ke kl. Ngadap jam org balik keje rs cam, "oh, no. Pukul berapa kita nak sampai kl ni?" Berbekalkan kecekalan hati masing2 kteorg teruskan jugak perjalanan. Time tu dak amad yang drive sampai la melaka. Perjalanan lancar seperti yang diharapkan, Alhamdulillah. Sampai melaka, tukar driver. Aku pulak drive sampai kl. Mata rasa macam nak tutup je tapi gagahkan jugak. + aku tak pernah drive sendiri sampai kl ok. Ni kira 1st time gak. haha. Dengan berbekal kan GPS kat hp masing2, kami mencari di manakah hotel tempat penginapan kami. Pusing punya pusing (nasib tak sesat, Alhamdulillah), kami sampai hotel tu ngam2 kul 12.

Event Spectacular Sabtu n Ahad. Tu pun ada gak cabaran nya masa otw dari hotel ke The Mines tempat event. Terlepas 1 susur dekat highway adalah 1 perkara yang leh wat aku speechless. *haha,gila over kau nad* sebab nya aku kena terus lagi 14km utk aku patah balik tahu. Biasa lah, budak baru nak belajar mmg gitu. hehe

Spectacular 17-19 February 2012


Depan pintu hall

Korang tengok gambar kat atas ni. Orang sangat ramai kan? Ada aku dalam ramai2 tu. Cuba cari. haha. Memang ramai sebabnya event ni kumpul orang dari Malaysia dan juga Singapore. Lebih kurang 6000 orang yang ada kat sini. MasyaAllah. Ni la event pertama yang aku pergi ada orang seramai ni. Sangat2 best! Dan belajar sangat banyak tentang Herbalife dalam event ni. Sangat berguna untuk newbie macam aku ni. Tak pernah pegi event kecik2 tibe2 dapat pegi Spectacular kan. haha.

Time ni lah dapat kenal ramai org. Tambah kenalan, expand lagi network kita. Dan kat sini jugak la baru aku kenal leaders yang ada terutamanya group aku la kan. hehe

Sebahagian daripada kami

Kalau nak tahu macam mana rasanya Spectacular kena pegi sendiri. Tengok dan rasakan pengalaman yang sangat2 best tu! Kalau dengar daripada org lain dah jadi macam barang 2nd hand la kan. hihi.

Masa balik mencabar sikit. Kena kejar bus melaka-jb pukul 9pm. Dari kl pukul 7pm + jem lg. Tambah lagi budak macam aku yang tak tahu jalan ni mmg agak mencabar la bagi aku. Dengan doa, aku teruskan perjalanan. Hanya dengan berbekalkan GPS (time ni tak tahu guna sgt,haha) aku search seremban. Drive punya drive, highway mana tah GPS ni bawak aku. Highway tak de kereta, tak penah aku lalu jalan macamni. Kereta tiba2 jadi berat, tak leh pegi. Berdua je lak tu, gegirl only. Rasa meremang sikit2 menerjah diri. Tapi aku teruskan perjalanan jugak. Sampai 1 pekan (tah macam mana leh masuk pekan tah), GPS bawak aku sampai 1 flat buruk. Sekali tuh, jalan mati. Halamak, tengok jam dah kul 8. 1 jam je lagi bus aku melaka-jb nak gerak. Aku lak tak tahu kat mana aku berada time tu. T_T Dengan muka yang cuak aku pusing balik cari pam minyak nak tanya jalan. Then, teruskan perjalanan lepas aku dah nampak signboard menuju ke highway Johor Bahru. Lega sangat. Tak benti2 Alhamdulillah. Kalau bukan Allah yang tunjuk jalan mungkin kami sesat lebih lama dan aku akan terlepas bus punya lah. Then sampai melaka ngam2 kul 9. Tu pun lebih sikit kot sebab pakcik bus dah marah2 aku sbb lambat plak tu ngade nak pegi toilet lak. Aku dengan x g toilet naik je bus tu. Nanges2 tahan nak buang air. whahaha. macam budak2 je.

Tapi tulah pengalaman yang aku rasa aku akan ingat sampai bila2 sbb banyak pengajaran yang aku dapat daripada My 1st Spectacular ni. Terima kasih anis sebab bawak akak pegi Spectacular. :')


Sapa2 rasa nak join aku pergi next Spectacular boleh contact awal2 ok! Event besar terdekat, Extravaganza! See u there!





Saturday, April 21, 2012

Terjebak!

Bismillah.

Terjebak? Ok, tajuk konon2 la nak wat orang suspen kan. Terjebak hape ni? Kawan2, jgn fikir benda tak baik ok? Sebenarnya aku nak cerita macam mana aku leh terjebak dengan Herbalife ni. *sambil kelip2 mata*

Anis Syafiqah. Anis ni junior time aku kat sekolah dan juga time kat UTeM. Masa dia masuk UTeM aku fasi time tu. *aku tak tua sgt ok walaupun aku senior.hehe* Dan insyaAllah, kami akan sama2 convo tahun ni. Degree utk aku dan diploma utk dia. :)

Dia lama dah join Herbalife ni dan aku selalu usha fb dia untuk tau info2 pasal Herbalife. Tapi time tu just nak tahu je, tak tergerak hati pun nk join. Sama ada consume ataupun bisnes. Tapi ditakdirkan suatu hari tu hati aku macam tergerak nk bagitahu dia yang aku nak sgt join Herbalife ni. Dan sangat2 kebetulan si anis ni nak jumpa aku utk mintak tolong ajar dia ERD & DFD utk sistem projek dip dia nanti. Masa tu aku rasa macam, "Ya Allah, Allah dengar kata hati aku. :') "

Ajar punya ajar, sebelum dia nak balik aku bagitau la yang aku minat nk join dia wat Herbalife. Dia terkedu dan terdiam jap. haha. Sebab dia tak sangka yang aku nak cakap camtu kat dia. Dia tanya pasal bisnes aku yang lama, (masa final year dulu aku de wat bisnes gak) aku cakap bisnes tu ssh nk pegi. Tak ada org guide, n bla bla. Dan aku nampak Herbalife ni lain. Ada yang guide, company yang dah kukuh di pasaran. So, idok la aku ragu2 kan? Hehe. Dan time tu jugak dia ajak aku terus ke Spectacular bulan depan nya. Dan aku terus setuju. *gelojoh sungguh kan? haha.* Aku sangat excited time tu bukan sebab dah dapat bagitau anis nak join Herbalife je tapi sebab aku dah marathon blog Mel selama beberapa hari dan menyebabkan aku tak tidur ok sebab terlalu excited terhadap Herbalife! *sungguh tak tipu*

So, start daripada tu lah hati aku dah betul2 terbuka untuk pergi lebih jauh dalam Herbalife ni. May Allah bless me, InsyaAllah. :')

Try Test!

Bismillah.

Kalau tengok last entry aku kat blog ni bila? 11 Mac 2010 kot!! haha. Bila tengok kat "About Me" pulak, "On Blogger since November 2009". Dah lama kan? Kalau anak aku la blog ni, dah 3 tahun dah dia sekarang. Besar dah anak mama. *eh, tibe2*

So, dengan kekuatan fizikal dan mental yang ada, aku berazam nak bela blog ni balik sebaik-baiknya seperti menantang minyak yang penuh. Sikit pun aku tanak bagi tumpah, insyaAllah. heee.

Ok, entry pendek je ni. Nama pun try test kan. Kbai!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...