:: Bagaimana saya boleh bantu anda? ::

NAMA:
EMAIL:
NO HANDPHONE:
ALAMAT RUMAH:
PERNAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI HERBALIFE? YA
TIDAK
BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA? TURUN BERAT BADAN
TAMBAH BERAT BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN KULIT
MENJANA KEWANGAN

Create a web form here
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Pembukaan 2014 yang menjentik rasa keinsafan

Bismillah.

Setelah sekian lama aku tak berblog, harini terasa macam nak mengarang sesuatu tapi tak nak mood serius. Hee. Entry yang lebih berkisahkan tentang diri, seorang hamba Allah, anak dan isteri. *Eh, macam start nak touching jee.*

Awal bulan baru-baru ni, aku tak berapa nak sihat dalam tempoh masa yang lama dari biasa, beberapa hari sebelum event besar Herbalife kat KL iaitu Spectacular. Dalam hati berdoa harap-harap dapat sembuh walaupun sikit sebab nak sangatttt pergi event tu. Nak kata demam, macam tak demam sebab badan panas time malam sahaja. Tapi bila berlarutan sampai beberapa hari sampai lah satu masa, siang pun badan panas, aku ngadu kat abg nak pergi klinik. 




Time ni dah 3-4 hari jugak la badan panas je mencecah 38 C. Amek darah, masuk air. 
Keputusannya semua ok. Bebas dari denggi & ect.


Sampailah masa nak ke KL, aku gagahkan jugak untuk pergi sebab fikir ada kakak ipar yang tolong tengok kan. Tapi yang sedihnya, cuma sempat masuk training hari Jumaat je sebab Sabtu pagi aku balikk. T___T  Malam tu check temp dah 39.2C. Tido siap gigil2 kakak ipar aku kata. Tapi tah, tak ingat apa. Yang aku rasa macam ada someone yang pegang tangan aku sepanjang malam masa tido. Feeling kemain. Hee.

Bila selamat balik ke pangkuan suami (tak dapat masuk training, sedihhhhh), aku ok sikit. Rasa macam nak patah balik pun ada. Haha. Tapi bila malam, seperti biasa suhu meningkat dan tiba-tiba aku susahhhhh nak nafas. Sedangkan sebelum ni tak batuk or selesema, just panas badan je. So, kami decide untuk pergi klinik lagi untuk check up. Doktor kata ok. Just demam biasa. Paru-paru semua ok. Tapi confius gak kalau sampai nak baring pun tak boleh, sesakkkk. Ditakdirkan, pukul 12.30 malam aku sesak nafas lagi, barnafas sampai bunyi macam dengkur tu. Rasa macam emergency je, kami cepat2 ke hospital. Tapi sampai hospital macam elok je, so tak di kira lah kes emergency. =.=" 


Time ni pukul 3 pagi. Berapa lama kena tunggu. zzzzzz.
Amek darah lagi dan keputusan nya ok. Dan doktor kata, "macam nak kena asthma ni." 
Itu je lalu pulang ke rumah. 



Siangnya kami decide untuk ke Hospital Pantai Melaka sebab ada kawan kolej abg yang isterinya di detect kena kencing tikus sedangkan check up kat hospital biasa kata clear. Acane tu? Lalu kami pun cuba nasib kat Melaka pulak. Kat sini pun doktor kata tak de pape. Clear. Untuk kali yang ketiga kena amek darah dan darah ok. Paru-paru ok. Tapi kena masuk air la. Sampai aku rasa, Ya Allah, penatnyaaaa. Kenapa aku ni sebenarnya? T_____T


Muka tak puas hati abg amek gambar. Haha. Pastu merenung nasib. Sobs.

Hujung minggu kteorg balik rumah parents, kot-kot ada yang boleh di ikhtiarkan pulak kan kat kampung. Sampai2 je rumah, abah terus ajak pergi berurut sebab tengok muka aku semacam je. Jalan pun dah macam org berpantang. Haha. Tak boleh jalan laju-laju, mengah! Kalah org bawak perut 9 bulan. Sampai kan mak aku ingat aku ni demam pembawakkan budak. Tapi tup2 cik P datang tepat pada masa. Mungkin rezeki anniversary ke kan next month, sape tahu. :')


Sepanjang aku duduk rumah mak, kami try lagi klinik kat sana. Sampai la 1 doktor kata, "Saya rasa paru-paru kamu ada air. Saya bagi ubat dan kamu pergi xray. Nanti saya tengok xray kamu." Lalu aku pun terpaksa stay dulu untuk rawatan sedangkan abg balik segamat untuk mencari bersuap-suap nasi untuk kami. Hee. Tapi, sepanjang aku tak sihat ni Alhamdulillah ada yang care. Maknanya masih ada yang sayang aku la kan. Hehe. Makpak mertua aku datang melawat siap bawak kan air yassin, moga-moga2 menantu nya cepat sembuh. Kawan-kawan ada yang tanya khabar. Mak jaga makan semuaaaa. Alhamdulillah!




Sebenarnya, apa yang cuba aku sampaikan daripada cerita ni, janganlah kita sekali-kali berfikir negatif pada Pencipta kita. Sakit kita ada sebabnya. Mungkin waktu sihat aku, aku alpa. Sering lupa pada Dia. Allah. Allah bagi peringatan kat situ. Kita sakit tu tanda Allah sayang. Sebab Allah nak kita ingat Dia selalu. Sweet kan. :') Aku ni tak lah baik mana, tapi insyaAllah, sama-samalah kita ke arah kebaikan. Sentiasa ada hati untuk improve diri sendiri. :')



Sentap! Tapi itulah hakikatnya. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita. Ameen. 


P/S : Terima kasih buat abg si incik suami, mak abah, mak abah mertua, kawan-kawan yang sentiasa mendoakan kita! Allah je yang tahu pengorbanan setiap insan yang hadir di sisi. Alhamdulillah, Allah masih izinkan aku untuk bertaubat. :')






Monday, April 8, 2013

Ceritera Selipar Belon. :D

Bismillah.


Feeling budak sekolah rendah buat karangan, "Sila ceritakan benda yang paling anda suka." Hehe

Kenapa dengan selipar belon ni? Korang tahu, ni la selipar favorite aku. haha. Masa zaman belajar dulu, Yano yang introduce selipar (siper) belon ni kat aku. Aku pakai ke mana je, walaupun dengan skirt, baju kurung mahupun berseluar jeans. *tak updated kan aku* Yang penting aku selesa. Murah pulak tu. :)

Sampai la satu hari, beberapa hari selepas majlis perkahwinan den, siper ni di bawa lari si anjing! Maka, hilanglah sebelah siper belon ni. T______T
Oleh sebab itu, merata lah aku mencari pengganti yang saling tak tumpah dengan yang dulu. Tapi malangnya, tidak ku berjumpa sehingga lah aku berpindah ke Segamat mengikut si incik suami. 
Di Segamat, kami masih meneruskan misi mencari siper belon yang sama tapi malangnya tidak juga ku terjumpa. Semua kedai kasut yang ada aku masuk tapi masih tak berkenan yang lain. T___T Dulu, aku beli siper tu dekat Tesco Melaka je pun. haha. 

Maka ditakdirkan pada suatu hari, kami suami isteri berdating ke Melaka. Tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat berkenalan. Hee. :') 
Bila lalu depan Tesco tu, aku bersuara :

Isteri : Awak, agak2 ada lagi tak ek siper belon yang saya pakai dulu? Dulu saya beli kat tesco ni la ha. Dah 3 4 tahun yang lepas kot. *nada sedih tapi berharap*
Suami : Tah. Kenapa? Nak g cari? *macam tak layan sebab dia nak pergi Aeon yg sebelah tu bukan Tesco*
Isteri : Mm, saje je tanya. Kot2 ada lagi stock ke kan. *dalam hati nak suruh singgah gak!*
Suami : *diam tanpa suara lalu tiba2 libas stering dengan macho nya ke arah Tesco sedangkan dah masuk area Aeon. =.="*
Isteri : *senyum sampai telinga*

Abg saje ajak aku round2 dulu sebelum aku tuju di mana letak nya siper belon tu. T_T 
Tapi, at the end, tadaaaaaaaaaaa! Aku dapat 'balik' siper belon aku! :'D




Memang aku kalau suka sesuatu aku akan cari sampai jumpa. haha. Walaupun tak secantik mana tapi aku suka! :D 


Terima kasih Incik Suami sebab sanggup bersusah payah layan kerenah Puan Isteri hanya kerana siper belon. I sayang u lah! :'D



Wednesday, March 20, 2013

Walimatul urus Puan Nadzirah & Incik Halmi :D

Bismillah.

Ok, tajuk entry agak skemarama di situ. Tapi takpe, i like. Hehe.
Entry ni adalah kesinambungan daripada entry yang lepas. Siapa yang belum baca, boleh review ye. Terima kasih! :)

Majlis walimah berlangsung pada hari yang sama kami bernikah iaitu 23 Februari 2013. Nikah pagi, tengahari majlis. Settle! Satu hari penat sekali gus pengsan. @.@ Majlis aku yang bertemakan royal blue + kuning, yang mana jarang kita tengok pada musim2 terdekat ni. Ya, aku memang suka kaler2 terang lagi garang ni. Baru nampak kan? Hehe. 

Aku sangat2 lah berterima kasih pada kak Izan yang gigih mendekorasikan tempat makan damai kami yang cantik lagi gorgeous! Walaupun aku takde pelamin, tapi tempat makan kami cantik! Terima kasih kak Izan! Terima kasih jugak pada kak Linda yang sabar je layan kerenah aku, baju kak Linda buat kita suka! Tenkiu kak! :D  *da macam bagi ucapan menang anugerah pulak. haha*
Pakej perkahwinan aku yang cantik lagi berpatutan ni adalah kerjasama ikhlas daripada butik I.Z De Bridal. Mana2 orang Kota Tinggi tu boleh la usha2 butik ni. Memang best! Senang bekerjasama dengan mereka. :')

Untuk photographer pulak, thanx pada couple yang cute lagi romantik, Incik Fazli & wifey Nuruljana sebab hasil kerja diaorg superb! Relax & coooolll je time hari kejadian. hehe. Terima kasih ye korang! Kitaorg taksabarrrrr nak tgok album! :) Untuk B2B area Johor boleh la usha2 couple ni, Fazlijamil Photographer. :)

Tak lupa juga pada orang2 kuat majlis. Terima kasih mak abah tersayang, adik2 terajin, sepupu sepapat terbaik, jiran2 tetangga, makcik pakcik, tukang masak yang masak sedap belaka, live band nasyid yang nyanyi best, budak kompang, orang rewang, orang kendarat... *tarik napas* pendek kata semuaaaaa yang terlibat menjayakan majlis walimah kami. Syukurrrr Alhamdulillah. Terima kasih yang tak terhingga pada semuaaa. Tak lupa juga pada yang hadir memeriahkan lagi majlis kami. Syukurrr Alhamdulillah, jemputan yang tidak dijangka! *nanges terharu* :')

*Klik gambar untuk tumbesaran maksima. Hehe*



BITD geng! Thanx korang datang dari jauh! :')


 BITD, tiba2 rindu zaman study. =.=


Thanx Fathin & Yati! Wakil member KMJ. :)



 Makcik pakcik & nenek sedara yang palingggggg sporting! Duduk bawah pokok je u. Tapi atas red carpet. Hee~


*peace*


Hero2 aku & sepupu sepapat yang berapa ketul je. Sayang korang ketat2! ^_^
*masing2 sopan je*


Oh, that's real! :O


Puan Nadzirah & Incik Halmi mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat. Lotssss of loveeeeeeeeee! Hee~



Sunday, March 17, 2013

Alhamdulillah, kini aku bergelar seorang isteri :')

Bismillah.

Ya, kini aku bergelar seorang isteri. Seorang isteri kepada suami yang bernama incik Mohd Halmi. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz aku sah menjadi isterinya. :') *ok, tiba2 touching.*

Kami selamat bernikah pada 23 Februari 2013 yang lepas atas persetujuan kedua-dua belah pihak setelah mengikat tali pertunangan selama 6 bulan sejak 20 Ogos 2012 yang lepas bersamaan dengan 2 syawal. :)
Memang tak ramai yang tahu aku tunang, hanya sedara mara dan kenalan terdekat je yang tahu. Bila orang tanya, "gambar time tunang tak de ke?" Memang tak amek gambar sangat pun. hehe. Sebab tak buat majlis pape, keluarga abang dtg macam beraya dan terus bincang apa yang sepatutnya. Simple! :)



Time kak long sarungkan cincin. Alhamdulillah, sekarang dah jadi kakak ipar den ha. :') 


Tapi tu gambar 6-7 bulan yang lepas. Kalau la ni orang tanya, "gambar nikah tak de ke?" Ha, tu tipu la kan. hehe. :)


Kehadiran pak imam. *Nervous*


Pengantin lelaki.


Pengantin perempuan.


Lovely mak abah, lovely incik suami, lovely mertuaku. :') 


Oh, ini lovely friends! Terima kasih sebab datang ya sahabat! :')


Alhamdulillah. :D


Kami + sijil nikah! Korang ada? hehe.


Last but not least, mohon doanya ye kawan2! Doa kan kami berbahagia hingga ke syurga ye! Lotss of loveeeeeeeeeee!:'D





Friday, March 15, 2013

Mukadimah.

Bismillah.

Hampir tiga bulan dah aku tak jenguk blog ni. Miss ya! Sampai status pun bertukar dah. hihi. Tak dan nak berblog pada tiga bulan yang lepas. *alasan. dush!* Sekarang berstatus surirumahtangga berjaya + work from home. Eceeeh. Masih dalam kondisi menserasikan diri dengan keadaan dan perubahan sekeliling. Doakan aku baik-baik aje ye. Lots of loveeeeeeeeee.

Tu je. K bai. :P






Saturday, December 15, 2012

Kenduri Yano vs Cherating!

Bismillah.

Last week aku dan gegirl yang lain bercuti-cuti Malaysia ke nanananana Ganu kito. *nyanyi2 riang sikit. hehe*
Dengan niat yang satu iaitu ke kenduri Yano! aka teman sekelas waktu zaman muda mudi universiti dulu. Sekarang pun masih muda ye. hehe. Dan disebabkan aku yang paling selatan, maka bermalam lah dulu di rumah Ecah aka freak kat shah alam. Pagi tu baru beramai2 gerak ke Ganu. Pagi tak pagi sangat la. hee~
Berapa jam perjalanan pun aku tak ingat dah. Tahu2 je dah sampai, eh. Sampai2 je excited nak tengok apa dah jadi dgn si pengantin ni. Mesti comey gitu. hehe. Nak tengok gak? Meh tengok gambar yok! ^_*


Sementara tunggu pengantin makan. Tak boleh berpisah cik kak 2 org ni. 


*Senyum*


Mesej sape tu da? *sibuk*


Ha, comey takpengantin? hihi. *kembang la yano ni nanti* :P


Sambil betulkan tudung, "kau kena tiru idea ni nad!" 
Ada cermin kat situ, senang nak betul tudung. hikhik


Enul, Yano, Aida, Noreen, Ecah, Nad. ^_^


Ambil berkat orang kata. hehe
Mekasih aida. :)



Antara jejaka2 yang hadir


Candid!



Sempat la tengok diaorg potong kek. :)


Eh, ada dalam cermin. hihi


Pengantin busy bagi goodies beg pada tetamu.


Kitorang balik dulu! Bye2 Yano! hehe

Tapi kami tak de lah balik terus ke rumah masing2 sebab perjalanan bukan sejam dua. @.@ Kiteorg bermalam kat chalet dulu, rehat2 dulu. Tegak kan pinggang masing2 setelah duduk berjam2 dalam kereta. hehe. 
Petang tu jalan2 pantai, feeling2 ombak rindu. haha. Bila malam, pergi makan2. Balik makan, lepak2 jap amek angin malam. :)


 "Kau buat apa tu nul?" kata noreen.


Belangkas. :P


*Senyum*


Jalan2 amek angin bertiga jep.




Bila mentari semakin melabuhkan tirainya. :)



Cantik kan suasana malam..:D 



Sebelum balik ke rumah masing2, round lagi pantai time pagi. 
Kali ni teman ecah pulak sebab ptg semalamnya dia tak ikut. :P



Otw back to KL. 
Riuh kereta. Nasib baik org luar tak boleh dengar. haha

Alhamdulillah, semua orang selamat sampai ke rumah masing2. Tapi aku kena tempuh half way lagi untuk sampai johor. Thanx to mereka yg hantar sampai ke TBS. Thanx sgt. Even tak teman sampai naik bus, tapi mereka sanggup tempuh jem nak ke TBS tu. Macam mana nak teman ye tak, kalau kena tunggu bus sampai 5 jam! haha. T_____T 
Tapi pape pun semuanya dah selamat dah, Alhamdulillah. :)
Thanx a lot pada semua yang terlibat baik yang perempuan mahupun yang lelaki. Seronok jalan dgn korang. :D

Buat yano & zaki,
Selamat Pengantin Baru!!
Semoga berbahagia hingga ke syurga! ^_*


Wednesday, December 5, 2012

Wordless Wednesday : Jahit langsir?

Bismillah.



Bila tak dapat keluar rumah atas sebab-sebab tertentu, ni lah kerja aku sekarang. 
Jahit langsirrrrr mencabar untuk budak baru belajar macam aku! *seronok*
K bai! :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...