:: Bagaimana saya boleh bantu anda? ::

NAMA:
EMAIL:
NO HANDPHONE:
ALAMAT RUMAH:
PERNAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI HERBALIFE? YA
TIDAK
BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA? TURUN BERAT BADAN
TAMBAH BERAT BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN KULIT
MENJANA KEWANGAN

Create a web form here

Monday, April 8, 2013

Ceritera Selipar Belon. :D

Bismillah.


Feeling budak sekolah rendah buat karangan, "Sila ceritakan benda yang paling anda suka." Hehe

Kenapa dengan selipar belon ni? Korang tahu, ni la selipar favorite aku. haha. Masa zaman belajar dulu, Yano yang introduce selipar (siper) belon ni kat aku. Aku pakai ke mana je, walaupun dengan skirt, baju kurung mahupun berseluar jeans. *tak updated kan aku* Yang penting aku selesa. Murah pulak tu. :)

Sampai la satu hari, beberapa hari selepas majlis perkahwinan den, siper ni di bawa lari si anjing! Maka, hilanglah sebelah siper belon ni. T______T
Oleh sebab itu, merata lah aku mencari pengganti yang saling tak tumpah dengan yang dulu. Tapi malangnya, tidak ku berjumpa sehingga lah aku berpindah ke Segamat mengikut si incik suami. 
Di Segamat, kami masih meneruskan misi mencari siper belon yang sama tapi malangnya tidak juga ku terjumpa. Semua kedai kasut yang ada aku masuk tapi masih tak berkenan yang lain. T___T Dulu, aku beli siper tu dekat Tesco Melaka je pun. haha. 

Maka ditakdirkan pada suatu hari, kami suami isteri berdating ke Melaka. Tempat jauh lagi dikenang, inikan pula tempat berkenalan. Hee. :') 
Bila lalu depan Tesco tu, aku bersuara :

Isteri : Awak, agak2 ada lagi tak ek siper belon yang saya pakai dulu? Dulu saya beli kat tesco ni la ha. Dah 3 4 tahun yang lepas kot. *nada sedih tapi berharap*
Suami : Tah. Kenapa? Nak g cari? *macam tak layan sebab dia nak pergi Aeon yg sebelah tu bukan Tesco*
Isteri : Mm, saje je tanya. Kot2 ada lagi stock ke kan. *dalam hati nak suruh singgah gak!*
Suami : *diam tanpa suara lalu tiba2 libas stering dengan macho nya ke arah Tesco sedangkan dah masuk area Aeon. =.="*
Isteri : *senyum sampai telinga*

Abg saje ajak aku round2 dulu sebelum aku tuju di mana letak nya siper belon tu. T_T 
Tapi, at the end, tadaaaaaaaaaaa! Aku dapat 'balik' siper belon aku! :'D




Memang aku kalau suka sesuatu aku akan cari sampai jumpa. haha. Walaupun tak secantik mana tapi aku suka! :D 


Terima kasih Incik Suami sebab sanggup bersusah payah layan kerenah Puan Isteri hanya kerana siper belon. I sayang u lah! :'D



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...