:: Bagaimana saya boleh bantu anda? ::

NAMA:
EMAIL:
NO HANDPHONE:
ALAMAT RUMAH:
PERNAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI HERBALIFE? YA
TIDAK
BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA? TURUN BERAT BADAN
TAMBAH BERAT BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN KULIT
MENJANA KEWANGAN

Create a web form here

Wednesday, January 29, 2014

Pembukaan 2014 yang menjentik rasa keinsafan

Bismillah.

Setelah sekian lama aku tak berblog, harini terasa macam nak mengarang sesuatu tapi tak nak mood serius. Hee. Entry yang lebih berkisahkan tentang diri, seorang hamba Allah, anak dan isteri. *Eh, macam start nak touching jee.*

Awal bulan baru-baru ni, aku tak berapa nak sihat dalam tempoh masa yang lama dari biasa, beberapa hari sebelum event besar Herbalife kat KL iaitu Spectacular. Dalam hati berdoa harap-harap dapat sembuh walaupun sikit sebab nak sangatttt pergi event tu. Nak kata demam, macam tak demam sebab badan panas time malam sahaja. Tapi bila berlarutan sampai beberapa hari sampai lah satu masa, siang pun badan panas, aku ngadu kat abg nak pergi klinik. 




Time ni dah 3-4 hari jugak la badan panas je mencecah 38 C. Amek darah, masuk air. 
Keputusannya semua ok. Bebas dari denggi & ect.


Sampailah masa nak ke KL, aku gagahkan jugak untuk pergi sebab fikir ada kakak ipar yang tolong tengok kan. Tapi yang sedihnya, cuma sempat masuk training hari Jumaat je sebab Sabtu pagi aku balikk. T___T  Malam tu check temp dah 39.2C. Tido siap gigil2 kakak ipar aku kata. Tapi tah, tak ingat apa. Yang aku rasa macam ada someone yang pegang tangan aku sepanjang malam masa tido. Feeling kemain. Hee.

Bila selamat balik ke pangkuan suami (tak dapat masuk training, sedihhhhh), aku ok sikit. Rasa macam nak patah balik pun ada. Haha. Tapi bila malam, seperti biasa suhu meningkat dan tiba-tiba aku susahhhhh nak nafas. Sedangkan sebelum ni tak batuk or selesema, just panas badan je. So, kami decide untuk pergi klinik lagi untuk check up. Doktor kata ok. Just demam biasa. Paru-paru semua ok. Tapi confius gak kalau sampai nak baring pun tak boleh, sesakkkk. Ditakdirkan, pukul 12.30 malam aku sesak nafas lagi, barnafas sampai bunyi macam dengkur tu. Rasa macam emergency je, kami cepat2 ke hospital. Tapi sampai hospital macam elok je, so tak di kira lah kes emergency. =.=" 


Time ni pukul 3 pagi. Berapa lama kena tunggu. zzzzzz.
Amek darah lagi dan keputusan nya ok. Dan doktor kata, "macam nak kena asthma ni." 
Itu je lalu pulang ke rumah. 



Siangnya kami decide untuk ke Hospital Pantai Melaka sebab ada kawan kolej abg yang isterinya di detect kena kencing tikus sedangkan check up kat hospital biasa kata clear. Acane tu? Lalu kami pun cuba nasib kat Melaka pulak. Kat sini pun doktor kata tak de pape. Clear. Untuk kali yang ketiga kena amek darah dan darah ok. Paru-paru ok. Tapi kena masuk air la. Sampai aku rasa, Ya Allah, penatnyaaaa. Kenapa aku ni sebenarnya? T_____T


Muka tak puas hati abg amek gambar. Haha. Pastu merenung nasib. Sobs.

Hujung minggu kteorg balik rumah parents, kot-kot ada yang boleh di ikhtiarkan pulak kan kat kampung. Sampai2 je rumah, abah terus ajak pergi berurut sebab tengok muka aku semacam je. Jalan pun dah macam org berpantang. Haha. Tak boleh jalan laju-laju, mengah! Kalah org bawak perut 9 bulan. Sampai kan mak aku ingat aku ni demam pembawakkan budak. Tapi tup2 cik P datang tepat pada masa. Mungkin rezeki anniversary ke kan next month, sape tahu. :')


Sepanjang aku duduk rumah mak, kami try lagi klinik kat sana. Sampai la 1 doktor kata, "Saya rasa paru-paru kamu ada air. Saya bagi ubat dan kamu pergi xray. Nanti saya tengok xray kamu." Lalu aku pun terpaksa stay dulu untuk rawatan sedangkan abg balik segamat untuk mencari bersuap-suap nasi untuk kami. Hee. Tapi, sepanjang aku tak sihat ni Alhamdulillah ada yang care. Maknanya masih ada yang sayang aku la kan. Hehe. Makpak mertua aku datang melawat siap bawak kan air yassin, moga-moga2 menantu nya cepat sembuh. Kawan-kawan ada yang tanya khabar. Mak jaga makan semuaaaa. Alhamdulillah!




Sebenarnya, apa yang cuba aku sampaikan daripada cerita ni, janganlah kita sekali-kali berfikir negatif pada Pencipta kita. Sakit kita ada sebabnya. Mungkin waktu sihat aku, aku alpa. Sering lupa pada Dia. Allah. Allah bagi peringatan kat situ. Kita sakit tu tanda Allah sayang. Sebab Allah nak kita ingat Dia selalu. Sweet kan. :') Aku ni tak lah baik mana, tapi insyaAllah, sama-samalah kita ke arah kebaikan. Sentiasa ada hati untuk improve diri sendiri. :')



Sentap! Tapi itulah hakikatnya. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita. Ameen. 


P/S : Terima kasih buat abg si incik suami, mak abah, mak abah mertua, kawan-kawan yang sentiasa mendoakan kita! Allah je yang tahu pengorbanan setiap insan yang hadir di sisi. Alhamdulillah, Allah masih izinkan aku untuk bertaubat. :')






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...