:: Bagaimana saya boleh bantu anda? ::

NAMA:
EMAIL:
NO HANDPHONE:
ALAMAT RUMAH:
PERNAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI HERBALIFE? YA
TIDAK
BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA? TURUN BERAT BADAN
TAMBAH BERAT BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN KULIT
MENJANA KEWANGAN

Create a web form here

Sunday, July 15, 2012

Perjalanan sepanjang sabtu

Bismillah.

Sabtu aku semalam Alhamdulillah dipenuhi dengan aktiviti. Tak lah aku duduk melangok je kat umah tengok siling, tengok kipas, tengok pape je la yang boleh di tengok. haha. Bermula di pagi hari, hantar mak join rombongan ke KL untuk program Hari Koperasi Negara *aku pun tak berapa nak sure nama that program* yang masuk tv 1 semalam tu. Hee~

Lepas tu, aku bersiap2 sebab ada appointment pukul 10 pagi. Appointment dengan kawan aku time sekolah agama dulu zaman aku berpindah masuk ke Felda Aping Barat sekitar tahun 2002. Sepuluh tahun dah woo aku tak masuk situ. haha. Stay situ pun sekejap je sebab ikut abah yang sentiasa berpindah randah tukar kerja. So, sempat lah berkenal kenalan dengan kawan2 yang ada. Tapi susah nak ingat sorang2 sebab lost contact. T___T Aku pergi berdua dengan Huda. Saje ajak dia tengok jumpa customer. Hee~ Buat teman ye jugak sebab agak jauh rasanya kalau drive sorang2. *ngade seh nad! haha.*

Agak lama jugak la berkampung kat rumah Ayu, my new coachee. Cerita macam2 pasal products, timbang2 dan sebagainya. Nak tahu aktiviti apa, jom join aku berbisnez. Ngeee. :P

Ruang besar. hee~

Otw balik tu, bertonyeh la dengan Huda. Tunjuk tempat2 yang ada kaitan dengan aku suatu ketika dulu. Kat mana aku duduk, sekolah agama mana aku belajar, sekolah ren & men, klinik, semua2 lah. Dah macam pemandu pelancong pulak. haha. Macam2 cerita yang kitaorg share. Apa next plan, apa pengalaman jumpa customer, dpt sharing testimoni live dengan orang lain dan suddenly BUK! Korang nak tahu tak apa jadi? Tanak tahu pun kena tahu gak! haha. Lori sampah depan kereta kitaorg memuntahkan sisa dia! Waaaa! Kemain berdebuk2 tempurung kelapa jatuh daripada lori sampah tu. Naseb baik tempurung kelapa je, tu pun takat 2 3 je yang jatuh. Kalau jatuh 1 plastik mau hilang kawalan aku. Mula2 tu memang dah ckit2 sampah dia jatuh, tisu la, plastik la. Tak sangka pulak ada lagi benda besar yang jatuh. =.=


Sampah yang berterabur atas lori. + hujan, bau kemain dasyat! =.=

Lepas masuk lorong memotong, aku pun laju2 potong lori tu. Takut ada lagi sampah yang bukan2 jatuh kang. haha. Ok, habis cerita perjalanan pergi dan balik ke rumah kawan aku. Kalau nak cerita lagi, jom la ikut aku buat aktiviti weekend. Hee~

Sesampai nya bandar, aku merancang nak cari kasut untuk fitness test Selasa ni. Kasut yang ada dah kena sebat dengan adik aku. Tak pe lah, sebab aku kakak, aku pegi la beli lain. Haha. Jumpa kedai, parking kereta jauh sikit. Boleh la jalan kaki exercise. *ceh, padahal takde parking dekat. haha*

Kasut biasa2 je tapi aku suka! hee~

Disebabkan kereta aku parking depan kedai makan, aku pun promote kat Huda yang roti puri kat situ sedappppp! Memandangkan hari pun dah tengahari, kitaorang pun beli la roti puri tu untuk lunch. Hee~ Tapi tak makan kat kedai pun, bungkus je. Makan kat rumah lagi best. Hehe.


Ihsan Google. Roti puri yang kiteorang makan bentuk dia segitiga.

Lepas makan, Huda pun balik la ke pangkuan keluarga nya di Masai. Terima kasih makcik pakcik, pinjamkan Huda sekejap. Hehe. Petang tu aku duk mengarang entry Zero2Hero yang terbengkalai sejak beberapa hari yang lepas sambil tunggu adik aku balik keje. Sebab lepas tu kiteorg nak ke rumah mak long pulak kat Bandar Mas. Saje jalan2 melawat sedara. Hehe. Lagi pun kat rumah pun mak tak de. Mak tak de boring ok. Cari mak sedara. hee~ Mula2 tak rancang pun nak pergi rumah mak long, tapi sementara tunggu mak balik dari KL, baik jalan jengok dak amad. Amad ni cousin paling kecik. Dah pandai jalan dah. Comel! + cousin aku ada buat bisnez baru special utk raya ni. *pepandai je aku* Tu yang datang nak usha. Hehe. Kalau nak tahu bisnez apa, klik la link ni. :)


Ni la dak amad. Gambar bila tak ingat. Semalam lupa nk amek gambar latest.
Comel kan! :)


Bila dah sampai nya malam, duduk lepak2, makan2 semua jadi malas nak balik rumah. =.=
Mak long kata tidur aje dulu nanti mak balik gerak dari sini je. So, aku & adik aku lepak je rumah mak long sampai lah mak call kata, "Mak dah sampai simpang kulai." Tengok jam pukul 4 pagi lebih dekat kul 5. Dengan mengantuknya, siap2 keluar rumah balik utk amek mak. Time tu pak long je sedar, maybe aku ckp dengan mak kuat sangat kot kat tepon. Haha.

Time otw, tak sah kalau tak borak kan. Sepanjang jalan berborak je. Adik aku yang drive time tu. Akibat syok berborak + drive tak tengok meter, kitaorang seriously tak perasan ada roadblock kat depan. Lalu, sreeeeeeeeeeeeett! Adik aku brek mengejut ngam2 sebelah polis. Habis stock products aku jatuh kat seat blkg, beg semua jatuh. T_T

Polis : Mintak ic + lesen. Laju beno nak pergi mana?
Adik : Nak pergi amek mak. *innocent sungguh jawapan*
Polis : Orang sebelah minta ic.
Aku : *Bukak seatbelt dengan gelabah*
Polis : Eh, nak pergi mana pulak?
Aku : Nak amek beg kat blkg. Ic dalam beg.
Polis : *Pusing ikut aku amek beg*
Aku : *Sambil bg ic* Bang, kitaorg adik beradik. Sorry, tak perasan ada roadblock. *Nada dah touching ni pagi2 kena tahan* Nak pergi amek mak, baru balik dari KL.
Polis : Nak pergi amek mak pun jgn la laju2. Keselamatan kena jaga gak. Kau anak Hassan ea? Hassan skru? *sambil tengok alamat ic aku*
Aku : Aah, anak Hassan. Tu adik saya. *sambil tunjuk adik aku*
Polis : Hai budak2, tarik lesen kang baru tahu. Nak? Dah2. Bawak elok2. Jgn laju2. Kirim salam abah kau.

*Ok, polis tu kawan abah sebenarnya. T____T

Dalam kereta lepas amek mak, bercerita lagi. Family aku memang semua kepoh, bedah, suka banyak cerita. haha. Sampai rumah, sambung lagi. Sampai la ke subuh. Punya la tanak simpan cerita sampai pagi kan. Haha. Lepas subuh semua penat. Ketiduran seketika. :(

Ni bukan cerita sabtu je kan sebab sampai masuk ahad pagi perjalanan nya. Tapi kitaorg happyy adik beradik. Hehe. Yang penting weekend kami terisi dengan aktiviti daripada duduk rumah tak buat apa2. :)

Inginkan weekend yang terisi dan boleh earn extra income RM500-2000 sebulan secara part time?
+
Ingin SIHAT BERTENAGA DI BULAN PUASA & LANGSING BERGAYA DI HARI RAYA?

Nadz : 013 7194479


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...