:: Bagaimana saya boleh bantu anda? ::

NAMA:
EMAIL:
NO HANDPHONE:
ALAMAT RUMAH:
PERNAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI HERBALIFE? YA
TIDAK
BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA? TURUN BERAT BADAN
TAMBAH BERAT BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN BADAN
MENINGKATKAN KADAR KESIHATAN KULIT
MENJANA KEWANGAN

Create a web form here

Wednesday, May 16, 2012

Kota Singa

Bismillah.

16 17 18! Counting date untuk aku ke Extravaganza Singapore! Team aku dah sampai kot pagi tadi. Jeles. T_T Diorang bertolak tgah malam semalam. Aku? Kenapa aku tak ikut ek? haha. Kekangan kerja yang tak membenarkan aku cuti lama2. Sobs! So, camne aku nk pegi sana? Dengan sape? Banyak sungguh soklan. haha.

Banyak gak plan, dari A ke B, dari B ke C. Last2 aku tak tau dah plan huruf mana. haha. Tapi takpe, bak kata leaders, NO PROBLEM. hehe. Allah kan ada. Doa banyak2. Mesti ada jalan untuk kita. :')

Isnin ritu Fatin msg,

Fatin : Salam nad, gerak ke S'pore hari ape ye?
Aku : Dalam perancangan sama ada kamis ptg or jumaat pg. Camne ye?
Fatin : Malam kita diskus ye, kat luar ni.
Aku : Ok boss.

So, malam tu Fatin pun call. Bincang2 camne aku nak ke sana. Dan yang bestnya, Fatin bgtahu sekali yang ada downline dia dari Ipoh nak gerak ke S'pore sekali dgn aku dari Jb. Dia tak boleh nak ikut team sbb khamis dia ada exam. Aku macam, "Alhamdulillah, ada kawan nak ke sana!" :') Kalau niat kita betul, doa banyak2, insyaAllah Dia tunjuk kan jalan. Kan? :')

Aku ni pegi sendiri tahu jalan ke? Mesti lah tak. Haha. Pernah lak aku masuk S'pore bila dah besar gajah ni. Dulu kecik2 pernah la. Tu pun tah tahun bila. haha. So, kena la study2 camne kan. Nak lalu jalan mana, nak naik public transport mana, tambang sume brapa. *Eh, relax la nad S'pore je pun. haha.* Walaupun S'pore tu jiran je dengan Jb, tp sistem dia mesti tak sama dgn sini kan? Sape2 yang tahu boleh bantu sy? hehe. :)


MRT Map yang opismate aku suh study. hehe


Kaler2 kau map aku. haha. Nak print kaler tak boleh, so aku highlight la jalan2 dia. :)

Ni pulak link yang aku study untuk kira2 tambang kat sana. Bajet2! hehe.


Kawan2, doakan aku selamat pegi dan balik ye! :) *macam jauh sgt je kan. haha* Kalau ada mana2 silap aku, mintak tolong tunjuk kan ye. Saya budak baru belajar. hehe. :)


SEE YOU IN EXTRAVAGANZA!!



Monday, May 14, 2012

Testimoni?

Bismillah.

Ada orang tanya, "Nad, ko pakai Herbalife ni ok x?", "Nad, kenapa takde testimoni ko pun?". Nad ni, nad tu. haha. So, entry ni aku cerita kan testimoni aku ok? :)

Aku start consume awal bulan 3 la gitu. Baru je bape bulan kan? Tapi Alhamdulillah, aku dah rasa semua perisa F1 yg ada. hehe. Ada org tanya, kenapa aku sibuk2 nak amek Herbalife ni? Bukan nya gemok sgt pun. =.=" Ok. Drpd situ, aku berpendapat bahawa ramai yang fikir Herbalife ni untuk org yang nk lose weight jep. Kalau tak gemok tak leh makan. *gulp* Tapi, masalah dalaman kita, kita tau ke? Usus kita sihat ke tak, jantung kita sihat ke tak, yang kita tau makan sedap je lalu tekak pastu buang tak pun jadi lemak. haha.

Aku dulu ada gastrik yang teruk. Kalau sape kenal aku dari sekolah rendah mesti penah tengok aku gastrik camne. T_T Ubat2 tak jalan dah. Yang cecair ke pil ke capsul ke, yg jalan cume cucuk je. Asal gastrik je, cucuk. Time sekolah rendah lg doktor dah kata perut aku nipis, usus aku nipis. Sensetip dengan benda2 berasid. T_T Sampai la masuk Uni, aku still dengan gastrik aku tu. Muntah2 sampai tak larat, bawak baldi tepi katil. Guling2 macam tenggiling. Macam2 gaya la nak tahan sakit. Pernah dah doktor suspek Apendiks. Tapi, Alhamdulillah tak seperti yang di kata oleh doktor. :') Dulu2, bulan pose selalu tak tahan. Separuh hari je buka. Kesian, pose tak pernah cukup. haha.

Tapi sekarang, Alhamdulillah. Gastrik aku semakin pulih. Tak de lagi muntah2 cam dulu, tak de lg guling2 cam dulu. Alhamdulillah, aku bersyukur sgt! Dan aku dah boleh berpuasa dengan Herbalife. Maknanya, just take shake time sahur. :) Bonus, aku turun kg, lemak, increase muscle dan increase air dalam badan. Alhamdulillah. :)
Nak show testimoni, fizikal aku x byk beza. Tak kan nk tunjuk perut muncit yang kempis kot? haha.


Before and after tang muka je. haha

Tu la aku, kalau makan banyak naik kat pipi. haha. Tu pun besar lg tu pipinya. hehe. Tapi gambar before, muka bulat takde dagu. haha. Muka after nampak la sikit dagu tu, ada la sikit shape kat situ. Walaupun perubahan tak ketara pada fizikal, tapi Alhamdulillah kesihatan semakin improve. :)
Cerita aku memang tak banyak, tapi tu lah pengalaman yang aku rasa. :) Jangan sampai kita ada sakit yang teruk baru kita nak cari jalan penyelesaian nya. Jangan baru nak gemok baru nk diet2. Jangan. Mencegah lebih baik daripada mengubati. :)

Need Herbalife?
Nadz : 013-7194479



Tuesday, May 1, 2012

Ukhuwah

Bismillah.

Apa tu ukhuwah? Kalau ikut apa yang aku search kat PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu) ukhuwah tu bermaksud Ar persaudaraan : mereka bekerja seolah-olah dalam satu keluarga besar, sentiasa bertolak ansur dan menjalin tali antara satu dgn yang lain; Islamiah persaudaraan dalam Islam. Bahasa kamus abes oke. Kalau aku ringkaskan, pada aku ukhuwah tu ikatan persaudaraan sesama kita umat manusia. hehe. *betulkan aku jika salah ye*

Sejak aku berkecimpung dalam dunia Herbalife ni, aku dapat rasakan kasih sayang yang kuat antara satu sama lain. *Gegirl only oke* Kenapa aku rasa camtu? Sebabnya, mereka sangat care between each other. Jika sorang down, mesti ramai yang datang support. :') Bukan bermaksud sebelum Herbalife aku tak pernah rasa camtu, tapi sejak2 involve dalam Herbalife ni, perasaan tu makin kuat. Sebab semangat team mate tu ada pada setiap org. Kami bantu membantu sebab kami sama2 nak grow. Tu between Herbalifers la. Aku bersyukur sangat sebab ditemukan dengan keluarga Herbalife ni. Alhamdulillah. :')

Anis : Daripada x tegur sangat, dalam Herbalife dah pernah tidur sekatil time Spectacular. Kan dear? :')
Tiqah : Tak pernah kenal pun. Rupa2 nya 1 bilik time Spectacular tapi langsung tak perasan. haha. Dan lepas tu kita 1 bilik lg time Zero2Hero pulak. hehe

Ni la anis, my sponsor. Time Spectacular.

Ni pulak tiqah. Time Zero2Hero.

Between aku dan coachee2 (terms ala2 mentor mentee la gitu,hehe) pulak, siapa je diorg ni? Diorg bukan lah rakan karib, best friend mahupun rakan sekelas aku. Daripada tak pernah tegur, jarang2 tegur dan sekarang kami berhubung dengan Herbalife sebagai 'orang' tengah. hehe. Aku sangat bersyukur ditemukan dengan diorg sebab drpd diorg ada semangat aku. Sedikit sebyk aku belajar byk pengalaman drpd diorg. :')

Wawa : kawan sekolah agama je. Jarang kteorg bercakap rasanya. hehe. Tapi dia salah sorang coachee aku yg semangat dgn target dia. Go go chaiyok! U can do it wawa! :)
Kak ina : kakak cik abg aku. *ehem2, tersedak jap. haha* Lagi la jarang cakap aku rasa. Malu la shaye. haha. Tapi sebab Herbalife, kami sekarang sentiasa berhubung. Alhamdulillah. Go go chaiyok kak ina! Kak ina mesti boleh! :)


Dan ramai lagi insan2 yang ada di sekeliling aku. Terima kasih korang! :')




Kawan lama

Bismillah.

Baru seminggu yang lepas aku borak dengan kawan yang dah lama tak contact (Si F). Kami kawan sejak tadika, sekolah rendah sampai la sekolah menengah, siap 1 kelas lagi sampai form 5. Borak pasal perkembangan diri yang sedang sibuk menjalani kehidupan masing2. Bercerita tentang study, alam kerjaya, convocation dan kisah kawan2 lama. Terselit juga tentang Herbalife selepas dia bercerita akan ayahnya yang sakit. Masa tu dia cume pesan, doa2kan lah kesihatan ayahanda beliau.

sebahagian drpd conversation kami

Bercerita serba sedikit testimoni orang2 yang dah berjaya pulih dgn consume Herbalife (dgn izinNya juga) sedikit sebanyak membuka hatinya tentang kesihatan rakyat kita yang semakin serius walaupun belum terbuka hati untuk mencubanya. Dan selepas tu kami akhiri perbualan kami kerana dia ada kerja yang perlu diselesaikan.

Hari berganti hari, genap seminggu aku dapat msg drpd kawan aku yang sekelas dahulu bahawa ayah Si F telah kembali ke pangkuan Ilahi. Aku sepertinya terkedu dengan berita tu. Sebabnya baru minggu lepas Si F bercerita tentang ayahnya. Sedikit kesal menerjah diri sebab aku tak dapat bantu walau sedikit pun. Sangat terkesan. T_T

mesej yang aku terima

Kawan2, sayangilah insan yang tiada galang gantinya di dunia ni iaitu ibu bapa kita. Bantu lah mereka selagi kita terdaya. Jika bukan dengan wang ringgit, bantu lah mereka dengan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya dari hati kita. Kesihatan tu adalah anugerah yang tidak ternilai dariNya. Hargailah kesihatan kita kawan2. Mati itu pasti, perginya tiada ganti. Oleh itu hargailah ia sebelum terlambat. Al-fatihah buat ayahanda beliau. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...